Barisan Timur Kumpulan_Tentera_Darat_Selatan

Kumpulan Tentera Darat Selatan merupakan salah sebuah daripada tiga kumpulan tentera darat yang mana pihak Jerman menyusun bala tentera mereka untuk Operasi Barbarossa. Objektif utama Kumpulan Tentera Darat Selatan ialah untuk menawan Ukraine dan ibu negaranya Kiev. Ukraine adalah pusat utama industri dan perlombongan Soviet serta memiliki tanah kebun yang baik sesuai dengan rancangan Hitler untuk Lebensraum ('ruang kehidupan').

Mesyuarat di markas Kumpulan Tentera Darat Selatan di Poltava pada 1 Jun 1942.

Kumpulan Tentera Darat Selatan kemudian mara ke Sungai Volga, mengalahkan bahagian-bahagian Tentera Merah dan dengan itu membuka laluan untuk Kumpulan Tentera Darat Utara dan Kumpulan Tentera Darat Tengah mara kearah Leningrad dan Moscow.

Untuk melaksanakan tugas-tugas awal ini, senarai tempur termasuklah Kumpulan Pertama Panzer dan Tentera Darat Ke-6, Tentera Darat Ke-17 dan Tentera Darat Ke-11 Jerman, dan Tentera Darat Ke-3 dan Tentera Darat Ke-4 Romania.

Tentera Darat Ke-6 Jerman, yang berjuang dalam Pertempuran Stalingrad yang membinasakan itu, telah dibentuk semula dan kemudian menjadi sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat Selatan.

Sebagai persediaan untuk Operasi Blue, kempen tahun 1942 di selatan Rusia dan Caucasus, Kumpulan Tentera Darat Selatan telah dipecahkan kepada dua: Kumpulan Tentera Darat A dan Kumpulan Tentera Darat B.

Pada Februari 1943, Kumpulan Tentera Darat Don dan tinggalan Kumpulan Tentera Darat B telah digabungkan dan direka semula Kumpulan Tentera Darat Selatan. Kumpulan Tentera Darat B yang baru menjadi sebuah formasi di tempat lain.

Pada 4 April 1944, Kumpulan Tentera Darat Selatan telah direka semula sebagai Kumpulan Tentera Darat Ukraine Utara. Kumpulan Tentera Darat Ukraine Utara wujud dari 4 April hingga 28 September.

Pada September 1944, Kumpulan Tentera Darat Ukraine Selatan telah direka semula sekali lagi sebagai Kumpulan Tentera Darat Selatan.